Catatan Popular

Jumaat, 24 Mei 2013


PASIR PUTIH: Memilukan apabila seorang peraih ikan yang baru selesai solat Isyak berjemaah mati ditembak sebaik keluar dari pintu pagar masjid dalam kejadian di Masjid Nurul Anuar (MNA) di Kampung Pachakan, Dalam Rhu, Semerak, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Zahari A Razak, 57, ditembak sekurang-kurangnya lima das dan tembakan itu terkena rusuk kiri ketika memandu kereta jenis BMW untuk pulang ke rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari masjid. 
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat. 

Rakan mangsa, Rajab Yusoff, 53, berkata, dia melihat kereta dipandu mangsa tiba-tiba 'melencong’ ke arah kanan sebaik melewati pintu pagar masjid sebelum terbabas ke kawasan lapang bersebelahan masjid.

"Saya terus bergegas mendapatkan Zahari yang juga AJK masjid sebelum terkejut melihat dia terkulai di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah.

“Walaupun panik, saya berusaha menyelamatkannya, namun, sebaik mendapati Abang Haji semakin `nazak’, saya terus mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24 1494  7 Google +1  1  0

Jumaat, 9 Disember 2011

Ulagtahun laman blog aku

hampir setahun laman blog aku ada disini tp hari ini baru aku buka semula dan aku lihat cuma ada satu je follower... haha apalah 1 jer... takpalah lagipun macam mana nak maju kalau tuan sendiri pun tak tengok laman blog sendiri.. apapun good luck to myself

Jumaat, 24 Disember 2010

Keadaan Orang2 Yang Takut Akan Neraka Allah

Firman Allah :-
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya siang dan malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang -orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) hai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya sesiapa yang Engkau masukkan kedalam neraka maka sungguh Engkau telah hinakan ia, dan tidak ada orang-orang yang zalim seorang penolongpun."

Surah :- (Ali Imran  : ayat 190-192)

Selasa, 21 Disember 2010

Hari Kebangkitan

masa ditiup sangkakala, lalu kamu bangkit (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke padang Masyar) dan pada masa itu langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, dan gunung ganang setelah dihancurkan diterbangkan lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas padang pasir.


- Surah An-Naba : ayat 18-20 -

Isnin, 20 Disember 2010

Kehidupan Bagi Orang-Orang Yang Bertaqwa

"Katakanlah : "inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertaqwa (Kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada Syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. dan mereka dianugerahi isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah maha melihat hamba-hambaNya. (iaitu) orang-orang yang berdoa; Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka...

(Surah.. Ali Imran : ayat 15 - 16)